Kali ni saya berazam nak berpantang betul-betul. Hihihi....Azam jek.. Tak tau la jadi ke tak. Saya banyak rujuk FB page
Kami Ibu Berpantang ni. Banyak informasi yang dikongsikan di sini. Bukan sahaja sesuai untuk tatapan para isteri tapi jugak untuk para suami ye....
Ni
Tips Untuk Suami Jaga Isteri Dalam Pantang yang saya dapat dari page ni:
Seawal pagi ketika bangun solat subuh dan bersiap2 utk pergi kerja, panaskan batu tungku/tuam dan rebus mandian isteri.
Budget masa anda. Batu tungku perlu dipanaskan 20minit dgn api sederhana besar. Mandian herba perlu direbus hingga mendidih.
Selesai solat,bungkus batu tungku/tuam dan berikan pada isteri anda.
Sang isteri tuam dan tungku badan dahulu dalam tempoh 40min-1 jam.
Ketika isteri bertuam, suami siap2kan mandian herba isteri dalam baldi.
Pastikan air panas2 menggigit,iaitu tidak terlalu sejuk atau panas,
cukup2 kepanasannya nnti sehingga habis waktu isteri bertungku/bertuam.
Ketika isteri bertuam juga, suami boleh lap,atau mandikan baby.
Jadi dalam tempoh bersiap pergi kerja, isteri sudah mula bertuam,mandi,dan baby pun dh bersih, isteri boleh mula susukan bayi.
Oh ya....kepada suami yang sayangkan isteri, 44 hari breakfast on bed
is highly recommended. Cukup air milo/horlick dgn oat atau roti. Dan
sedikit buah epal merah. ;)
Moga kasih dan cinta kalian
bertambah, seiring dengan bilangan anak, sebanyak bilangan yang anda
korbankan untuk berkhidmat pada isteri. Hanya Allah membalas jasa2 tuan
semua. Amin... ♡♥♡♥
Terima kasih kepada Siti Aishah Confinement yang wujudkan page ni.
0 comments:
Post a Comment