17 February 2012

Pengalaman mengandungkan Aqeel

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:08:00 AM 0 comments
Heh. Da basi. Tapi nak cerita jugek. Hehe. Takde la nak cite panjang-panjang cume nak concludekan aje.

Alhamdulillah sepanjang membawa Muhammad Aqeel dalam perut ni, tak ada masalah besar. Tak ada alahan, tak ada muntah, pening segala. Sket-sket rasa loya aje. Cuma yang paling tak tahan memang rasa panas yang amat sampai rasa nak nangis. Kalo kat umah, kipas laju memang macam nak terbang rumah. Saya tidur tak berselimut rileks jek. Kesian kat suami sejuk tidur berbungkus. Keh keh. Pastu 1 lagi masalah ialah strech mark yang teruk kekal sampai skang. Da letak pun cocoa butter lotion ngan bio oil berkurang jugek tapi agaknya kalo tak letak bercorak lagi sakan la perut ni. Selain tu, saya juga slalu mengantuk especially tengahari. Sebelum tau pregnant pun da setat ngantuk, kuat tidur. Pastu ble balik kampung rumah mertua menjadi-jadi plak mengantuk. Asyik tidur aje. Adeh segan jugek. Hehe. Nak kate penat tu tak adalah sangat cume mengah camtu lebih kurang la.

Masa pregnant ni emosi tak stabil sket la. Asyik nak berkepit ngan suami aje. Kalo suami tak ada, memang sedih. Ada adegan air mata gak la. :p Then slalu jek hangin ngan sorang staf tempat keje dulu. Aku memang tak brape nak ngata-ngata orang. Tapi kalo orang tu aku tak tahan sangat, laju jek la mulut. Hish tak ingat diri ni tengah membawa budak. Tobat kalo ada rezeki Aqeel dapat adik (tak tau lagi ble), nak jauhkan air mata dan umpat keji InsyaAllah.

Biasanya ibu mengandung mudah sakit perut sebab angin tapi alhamdullilah aku yang memang slalu masuk angin ni terbalik plak. Before pregnant memang slalulah sangat sakit perut angin la, sakit tekak tetiap bulan 2-3 kali gi klinik sampai aku segan nak gi jupe doc. Alhamdulillah magik nya sepanjang pregnant semua masalah ni hilang. 1-2 kali jek masuk angin.

Alhamdullilah, 1 bulan berkahwin saya disahkan pregnant. Namun, ada yang perlu dikorbankan. Suami dan saya tak ada pergi jalan-jalan atau melancong mahu pun melencong. Kata suami nak jaga kandungan sebaik mungkin. Makan kat luar juge jarang sambil menjimatkan perbelanjaan nak sedia untuk Aqeel. Kiranya eksesais jugak la saya memasak di samping suami tolong juge menjemur kain. Kat rumah dulu, ada 2 bilik air. 1 suami basuh, 1 saya basuh. Eksesais. Orang cakap tak boleh manjakan diri sangat nanti, lagi penat. Baju pregnant pun banyak tak banyak angkut kat bundle aje. Cantik, murah and some are branded. Pakai kejap aje. Tibai ajek. Lagipun kat ganu tak banyak choice sangat masa tu. Shopping pun tak ada la sangat kami ni. Dah namanya tak ada jalan-jalan so, tak ada shopping. Sejak kawin, Kota Bharu pun saya tak pernah jejak lagi. Bila agaknya ye En Suami? Hehe. (sedarla wahai diri yang da tak keje. Mane nak korek fulus?)

Dari segi pemakanan pula, memang saya jaga jugekla. Tak makan manis - manis banyak sebab takut kencing manis. Tapi megi pun saya tibai. Tak slalu la. Kene beringat.

Atas kesimpulan yang panjang ni, saya bersyukur sebab kehamilan pertama saya mudah rasanya. Alhamdulillah. Langkah berjaga-jaga iaitu tak travel dan berjimat banyak membantu kami sekeluarga memandangkan Aqeel slamat dilahirkan dan hasil penjimatan kami dapat digunakan apabila saya berhenti kerja

Sekian dulu buat waktu ini.


16 February 2012

Dalam hati ada..

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:15:00 PM 0 comments
sendu~

05 January 2012

Apam polkadot untuk santap

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:45:00 AM 2 comments

Ni adalah hasil saya mengapam. Sempat 2-3 kali gak la mengapam ni. Sebenarnye apam ni da basi. 1st time buat, Deepavali tahun lepas. Entry ni pun da jadik apam da lama sangat duk dalam draft. Heh. Apela yang saya bizikan sangatkan.

Hasilnya, ok cuma macam keras sket. Saya da wat research cara-cara wat apam polkadot at the best way tapi lum sempat apply lagi. Nanti kalo saya da wat, saya reportla hasilnya camne.

Inilah resepi yang saya guna pakai.
Sumber dari http://apampolkadot.com:

Resepi apam polkadot.

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak
sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais 1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa
masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang
dibenarkan =) Langkah-langkahnya: 1. Pukul telur putih sehingga kembang
elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning
telur dan esen vanilla, pukul sampai
kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder
diselang seli dengan susu kemudian
gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa
bahagian dan titiskan pewarna. 6. Masukkan setiap warna dlm piping
bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk
kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk
lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama
sehingga penuh dan kemudian dot-dot
kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe… Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak
membantu =)
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan
apam ni jadi merekah atau
mekar. Gunakan api yang sederhana
sahaja.

04 January 2012

Selamat hari lahir Muhammad Aqeel

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:48:00 PM 0 comments


Pukul 9 malam ++. Da lena lepas
'mengemas' rumah. Rajin betul anak ibu.
Anak ayah jugek :D Selamat hari lahir
Aqeel sayang. Ayah & ibu sayang Aqeel.



Inilah salah satu hadiah yang ayah & ibu belikan untuk Aqeel. Safety gate! Hehe.. Lepas ni tak boleh lah Aqeel nak round dapur lagi. Lega sket hati ayah & ibu.



Ni plak hadiah yang ayah & ibu hangkut dari Manjaku kat sebelah East Coast Mall. Safety gate still in box, push car broom broom pon pon & sandal nyet nyet. Tak celebrate pun birthday Aqeel cuma ble ayah da balik rumah, kami sama-sama nyanyi lagu 'Allah selamatkan Aqeel' sambil Aqeel terpinga-pinga. Heheh. Ibu pun tak buat kek 'sebab takde oven' (ehem.. ayah, ibu nak hadiah oven walopun blum birthday ibu lagi :p). Ibu wat apam gula hangus yang langsung takde kaitan ngan birthday. Tibai aje la ye.

Semoga menjadi insan yang bertakwa, bahagia dunia & akhirat wahai sayang Aqeel.

02 January 2012

Selamat datang 2012

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:57:00 AM 0 comments
Bye 2011. Da hampir 1 tahun saya menjadi ibu & bergelar housewife. Semuanya baru bagi saya. Agak gentar & sulit pada mulanya namun semuanya berbaloi. Alhamdulillah.

Selamat datang 2012 yang bermula dengan harapan dan memerlukan azam, tekad serta kerja kuat. Bagaimana hendak berjaya jika mudah mengalah. Ya Allah yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Penyayang. Dengan rasa kerdil atas segala kekuasaan & nikmat yang Mu yang tak terhitung, aku mohon kebaikan untuk kami hamba Mu. Amin.

30 December 2011

1 step closer. Pray for me

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:24:00 AM 0 comments
I've done my very best but finally did not manage to perfom well. Actually I can do it. Damn!

1 step to go. Friends, please pray for me~

Allah, bless me. This not only for me. Its for all. My husband, my mum, my deary Aqeel. Hope it can be Aqeel's very 1st birthday gift.

23 December 2011

Ragam Aqeel 11 bulan

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:20:00 AM 2 comments
Ibu: Mane kipas?
Aqeel: (tunjuk)
Ibu: Mane tv?
Aqeel: (tunjuk)
Ibu: Mane Muhammad Aqeel?
Aqeel: (angkat tangan sambil tersengih)
Ibu: Mana bola?
Aqeel: (tunjuk)
Ibu: Mane hidung?
Aqeel: (tunjuk hidung ibu. Nasib baik x korek. Kikik)
Ibu: Mane ibu?
Aqeel: (blurr terkebil-kebil)
Ibu: Aiyak!

17 December 2011

Cabaran menggosok gigi si anak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:41:00 AM 2 comments

Aqeel sekarang da 11 bulan 1/2. Alhamdulillah.. Gigi ada 4 batang kat atas dan 2 batang kat bawah. Eloklah ada banyak gigi sebab Aqeel memang suka sangat makan. Orang tak makan dia makan, orang makan pun dia makan tapi badan maintain tak gemuk mana. Berat baru 8 kg. Tak apa lah asalkan Aqeel sihat.

Memandangkan hobby Aqeel ialah makan, maka ibu kenelah rajin menggosok gigi Aqeel. Er.. Kadang-kadang 2x 1 hari, kadang-kadang 1x jek sehari. Hehe.. Dugaan betul nak gosok gigi Aqeel. Rasa serik pun ada. Serik tak serik, kene gosok gak.

Bukan ape, budak kecik ni kuat menggigit dan menganga. Menganga sebab bila ibu hulurkan tangan ke mulut, dia ingat ibu nak kasi makan. Adoi, mane gigi ibu tak nampak nak gosok? Pastu bila ibu dah masukkan jari ibu dalam mulut Aqeel.. nak gosok lidah, terus Aqeel ngap! Ark!! Sakit! Ibu jerit. Aqeel buat muka blur. Kadang-kadang dia gelak. Apa pun ibu kena tabah. Ape la sangat dugaan sekecil ini. Seronok pun ada. Hehe.

20 November 2011

Set berpantang. Perlu atau tidak?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 7:17:00 PM 0 comments
Salam kawan-kawan. Lama da tak menaip. Saat bukak tenet, saya lebih terarah untuk blogwalk. Bley cari ilmu keibu-bapaan untuk panduan suami & saya yang masih mentah dalam bidang ini. Alhamdulillah Muhammad Aqeel sudah menjangkau 10 bulan bersama kami. Banyak saat manis & pahit getir juga yang kami alami. Ceritanya, bukan kali ni. Atas sebab-sebab tertentu.. lain kali... Heheh...

Aa.. as stated title (eceh macam surat rasmi plak), perlu ke tak set berpantang ni? 1st skali nak cakap, sayangilah diri anda. Saya silap sebab tidak mengambil berat perkara ini saat saya lepas melahirkan anak. Rupanya menjadi seorang ibu bermakna kita tak boleh sakit. Kalo rasa macam nak sakit tu kene cepat-cepat makan ubat. Tapi kalo amik ubat selalu pun tak bagus gak so, saya selalu set in mind, "aku tak boleh sakit!". Kenapa? Sebab saya seorang ibu dan isteri. Macammana nak breastfeed kalo badan tak sehat? Kalo sakit berjangkit ngan bayi.. kan dah x sesuaiii gitu. Nauzubillah. 

Ye kawan-kawan, sila survey set bersalin yang sesuai ye... Especially jika anda breastfeeding. Pastikan ubatan yang anda ambil tidak panas sehingga boley menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi tersayang. Anda boleh rujuk bidanbersalin.blogspot.com untuk pelbagai pilihan set bersalin. Anda juga boleh mengambil suplemen sebagai makanan tambahan contohnya shaklee. Jangan lupa minum pati ikan haruan/pil ikan haruan. Pilihlah yang mana terbaik untuk anda & bayi.

Saya senaraikan apa yang saya rasa perlu untuk perawataan ibu selepas bersalin semasa dalam pantang:

  1. Ubat makan/pati atau pil ikan haruan/suplemen makanan tambahan untuk menguatkan, menyegarkan, memulihkan dalaman ibu (pastikan tidak memudaratkan bayi).
  2. Suplemen menambah susu ibu (optional).
  3. Persediaan mandian ibu. Contoh: Mandian herba keluaran TYT, Orang Kampung atau sediaan dedaun/herba secara manual yang anda boleh cari sendiri di kampung atau boley pergi cari kat pasar tanya ada tak daun untuk mandi lepas bersalin.
  4. Pilis.
  5. Tungku tradisional/moden.
  6. Bengkung.
  7. Minyak panas contohnya Minyak Herbanika Nona Roguy.
  8. Stokin.

Er.. ada tertinggal ke? Urm.. Minyak panas tu pastikan tidak mengenai bayi semasa menyentuh atau breastfeed bayi. Basuh tangan dengan bersih selepas melulur minyak. Mandilah dengan air suam untuk menyegarkan badan anda. Ubat makan/suplemen tu, mulakan dengan dos yang paling maksima contohnya kalo arahan 3 biji sehari, mulakanlah dengan 1 biji untuk 3-4 hari pertama untuk memastikan ianya bersesuaian dengan anda dan bayi. Tambah dos secara beransur-ansur sehingga sebagaimana yang ditetapkan jika ia bersesuaian. Jika ia membawa mudarat kepada anda atau bayi, jangan ragu untuk berhenti walaupun ubat/suplemen yang anda beli mahal harganya. Yang mana anda lebih sayang? Duit atau anak? 

Yang pasti, lakukanlah survey awal dengan mendalam terlebih dahulu untuk pastikan ianya selamat untuk anda & bayi.

Sekian dari saya yang serba kurang dari segi ilmu. Semoga dapat membantu. Wallahualam.

06 August 2011

LovelyDots - berniaga la plak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 8:43:00 PM 0 comments


Salam kawan-kawan. Di kesempatan ini, saya nak promote blog jual barang baby. Saya la yang jual. Jual secara online, walopun tak dapat online selalu. Heheh... Setakat ni, start ngan babies accessories such as hats & socks. Incase kalo berminat, contact me via sms 019-918 5516/emel to lovewitdots@gmail.com.

Iklan sket piccas barang yang in stock:



Thanks!
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting