29 December 2010

Senarai cuti umum dan cuti sekolah 2011

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:42:00 AM 5 comments
Lagi beberapa hari melangkah ke tahun 2011. Tak masuk tahun baru lagi da pun pikirkan cuti. Hahahaha.. 'masalah attitude' betul aku ni. ('masalah attitude' adalah perkataan yang selalu berlegar dalam kepala akoo skang ni).

Apa pun, cuti memang penting. Heheh.. Kalo nak cuti, cuti la secuti-cutinya. Kalo nak keje, keje la sekeje-kejenye~ Meh kita nengok hari-hari bercuti tahun 2011 termasuk cuti sekolah tahun 2011. Jums!

Cuti Umum 2011:

Tahun Baru 1 Jan (Sabtu)
Tahun Baru Cina 3-4 Feb (Khamis & Jumaat)
Maulidur Rasul 15 Feb (Selasa)
Hari Buruh 1 May (Ahad)
Wesak 10 May (Selasa)
Hari Keputeraan Agong 4 Jun (Sabtu)
Nuzul Quran 17 Ogos (Rabu)
Hari Raya Aidilfitri 30-31 Ogos (Selasa & Rabu)
Hari Merdeka 31 Ogos (Rabu)
Deepavali 26 Okt (Rabu)
Hari Raya Aidiladha 6 Nov (Ahad)
Awal Muharram 27 Nov (Ahad)
Hari Natal 25 Dis (Ahad)


Cuti Sekolah 2011:

Kumpulan A
* Kedah
* Kelantan
* Terengganu

Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 - 19.03.2011 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 - 11.06.2011 (16 hari)
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 - 03.09.2011 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 - 31.12.2011 (44 hari)

Kumpulan B
* Perlis
* Pulau Pinang
* Perak
* Selangor
* Negeri Sembilan
* Melaka
* Johor
* Pahang
* Sabah
* Sarawak
* Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
* Wilayah Persekutuan Labuan
* Wilayah Persekutuan Putrajaya

Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 - 20.03.2011 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 - 12.06.2011 (16 hari)
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 - 04.09.2011 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 - 01.01.2012 (44 hari)

22 December 2010

Senarai keperluan / beli bakal ibu & bayi untuk ke hospital

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:09:00 AM 7 comments
Assalamualaikum.

Status hari ini: 38 minggu 5 hari. So, lagi 10 hari ke due date 02 Jan 2011 :D

Susulan dari post mommies checklist & babies checklist, saya nak share kan senarai untuk ke hosipital pulak. Saya ni 1st time mummy to be. Kalau ada silap dan salah, please notify me ok.

# Senarai ibu
Bag ibu
Buku pink (checkup card)
Selipar toilet - 1
Berus gigi - 1
Ubat gigi - 1
Sabun mandi - 1
Syampu - 1
*Deodorant - 1
Baju t-shirt/butang depan - 3
Baju sejuk butang depan - 1
Pakaian untuk balik ke rumah - 1
Kain batik - 3
Nursing bra - 3
Breast pad - 3 pasang
Panties
Maternity pad (beli yang biasa jek)
Stokin - 2
Tuala - 1
*Plastik baju kotor -1
*Anak tudung untuk telekung solat - 1
Telekung solat
Sejadah
Quran
Buku doa
Sikat
Getah/sepit rambut
Air zam-zam
Air mineral (suami/family yang datang jaga bley minum gak)
Air/minyak selusuh
Susu Anmum Maternity/Lacta
Air kotak (suami/family yang datang jaga bley minum gak)
Kurma
Biskut (suami/family yang datang jaga bley makan gak)
Sudu & garfu
Mug
Termos
Tisu
Kamera & charger
Handphone & charger
Breastpump
Sabun cuci breastpump/botol susu
Air Dry Mesh Bag

# Senarai baby
Bag baby
Baju baby - 4 pasang
Sarung tangan & kaki - 4 pasang
Barut - 5
Tuala - 2
Lampin - 4
Hooded blanket - 1
Diapers - 15
Minyak telon - 1
Vaseline (as nappy cream) - 1
Cotton bud
Kapas
Toiletories
Botol susu & teat - 1
Sabun cuci breastpump/botol susu
Topi

# Senarai baby (labor room)
Baju - 1 pasang
Diaper - 1
Lampin - 1
Tuala/Selimut - 1

Rasa-rasanya ni jek kot. Hehe..~

* Sengaja bawa breastpump & bottles. Incase kalo tak dapat nak jumpa baby sebab baby kene tahan ke apa ke.. so.. harap still bley supply susu ibu. Apa pun, harapnya tak adalah masalah macam tu. Nauzubillah.

* Bold text = new updates

20 December 2010

Senarai keperluan & beli bakal ibu

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:57:00 AM 0 comments
Sebagaimana post saya untuk baby checklist, senarai keperluan/beli untuk ibu mengandung juga adalah persiapan setat masuk hospital hingga ke habis tempoh pantang.

# Berpantang
Tungku (Emak sudah ada) - 1
Kain batik - 10 helai ++
Tilam (rumah Emak) - 1
Selimut (rumah Emak) - 1
Bantal (rumah Emak) - 1
Stokin - 4 pasang
Selipar bilik (optional) - 1
Pad maternity (beli pad biasa aje)
Minyak Herbanika Nona Roguy (Emak sponsor) - 1
Set bersalin (tak pikir lagi. aci tak? :p. rasa nak guna shaklee. tengok la dulu caner) - 1
Bengkung (kakak kasi pinjam. rasenye nanti nak beli juga untuk selepas pantang) - 1

# Breastfeeding
Breast pump (beli manual medela) - 1
Nursing bra - 3
Breast pad (Avent 50% off. yeah!) - 3 pasang
Cooler bag - 1
Ice pack - 3
Storage bottles - 10
Tisu kotak
Anmum Lacta - 1

Bakal menyusul, senarai keperluan / beli bakal ibu & bayi untuk ke hospital plak.


19 December 2010

Shopping baby cot

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:08:00 PM 4 comments
Akhirnya, dapat shopping lagi. Yeay! Skang ni duk sibuk Y.E.S, year end sale tapi, saya tak ada ape yang nak dibeli sebab semua barang baby sudah dibeli. Tinggal baby cot dan bedding set untuk baby cot sahaja blum lagi. Tengahari tadi sempat ke kedai perabot berhampiran ofis. Sudah pilih dan akan amik design seperti di bawah. Petang ni, lalu depan kedai, hangkut!

Baby cot ni tak masuk pun dalam baby checklist sebab yang ni tak digunakan secara wajib dalam tempoh pantang. Cuma kena ada juga coz maybe dalam minggu ke 3.. atau 4 pantang.. saya akan balik ke rumah sendiri. Emak saya bekerja sebagai guru. Rasenya emak tak kesah tapi kalo buley.. tak nak la menyusahkan ibunda tercinta nengokkan saya aje. Mesti penat lepas balik kerja. Lagipun yang tinggal kat umah semua laki. Mana nak jaga saya.. cucu.. dan kaum lelaki kat rumah tu... Kalo saya da rase kuat.. saya akan balik umah sendrik. Nak susah kan encik suami jaga saya plak. Hahahah.

So.. kene pakai baby cot. Rasa tak selamat share katil ngan baby. Biarla dia ada katil ekslusif untuk diri sendrik. Nanti nak letak kelambu siap-siap. Ayah & ibu takde kelambu tak ape. Kitorang tido tak hengat. Kene gigit nyamuk buley slumber tdo. Heheh. Harap bley tersedar malam-malam kalo baby nak susu.

Ha.. kenapa baby cot? Kenapa tak playpen? Sebabnya.. saya ada terbaca kat 1 blog ni.. lupe sourcenya. Better beli yang kayu sebab tahan lagi lama daripada playpen. Anak da besar sket pun still bley guna baby cot. Playpen.. macam tak berapa kukuh jek. Sesuai untuk baby sahaja. Er.. betul ke saya cakap ni? Kalo tersilap... sory yek. Tapi playpen memang cute gitu. Tergoda jugek menengoknye. Sabo aje la.


Sumber gambar dari http://www.diytrade.com/

Sebijik la baby cot macam ni yang saya beli. Nanti nak shopping kain cute plak untuk nak dibuat sarung tilam & bantal. Lagi... nak cari kelambu. Owh.. seronok dapat perabiskan duit ni. Heheheh. Tak la perabis sangat. Katil ni harga dia dalam RM175 pun bley dapat. Da survey kat kedai barang baby. Mahal.. paling murah pun RM300. Er.. kedekut ke? Tak la.. berhemah ni. :p Sebenarnya kakak dan abang ipar yang penat-penat pergi survey. Dorang beli yang sebijik camni la. Dapat harga RM175. Hubby & saya dapat harga RM190 sebab beli di kedai yang lain. Malas nak pergi kedai yang kakak saya beli sebab saya pun da penat nak berjalan nak cari barang. Petang ni nak try nego harga lagi. Hehehhe. Actually dia nyer base macam x kukuh sangat. Kakak saya pernah tertekan base dia dan patah la.. Abang ipar bawa pegi kedai yang dia beli tu.. free baiki. Siap tambah kayu nak bagi extra support. Hubby & saya nak tambah sendrik jek kayu kat bawah base tu. No hal la rasenya.

# update: berjaya nego dapat RM180. Oye!

16 December 2010

Doa untuk mengukuhkan rahim dan untuk mendapatkan zuriat

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:07:00 PM 0 comments
Assalamualaikum kawan-kawan.

Ni doa yang saya amalkan dolu-dolu. Skang ni baca gak sekali-sekala. Sebab skang selalu amal doa selusuh la plak.

Doa ni ialah ayat dari Surah Al-Mu'minun ayat 12-14. Sumber dari http://quran.com/23.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Selamat beramal & semoga berjaya. InsyaAllah.

37 minggu, 5 hari

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:58:00 AM 0 comments
37 minggu, 5 hari = 9 bulan, 12 hari.

Da bley beranak da ni. Baby da matang. Lega sket da melepasi tahap ini. Skang tunggu nak bersalin jek. Masih lagi tak ada tanda-tanda nak bersalin. Kadang-kadang, rasa sakit kat ari-ari. Macam ada benda nak terkeluar jek rasenye. Nurse cakap, kepala baby nak turun. Baby makin aktif skang. Rase sakit-sakit ble dia main gerak-gerak dalam perut ni. Maybe dia tengah tendang-tendang & gerak-gerak nak masuk, engagekan kepala dia ke bawah kot. Hehe... agak-agak jek. Saya dapat rasa baby dengan tangan bila gosok perut. Cuma tatau tangan ke.. kaki ke.. kepala ke.. atau badannya yang saya sedang sentuh. Kalo bebaring.. memang terasa berat baby ni. Jangan la besar sangat. Nak push nanti ni.

Debaran menanti hari.

13 December 2010

Koleksi doa selusuh

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:20:00 AM 2 comments
Selusuh: "satu ikhtiar dengan mengamalkan kaifiat tertentu untuk memudahkan kelahiran". Penerangan lanjut di sini.

Nak masuk 8 bulan baru saya sibuk-sibuk nak berselusuh ni. Dengar kata, biasanye orang setat pada usia 7 bulan kandungan. Tak pe la lewat sket pun asalkan ikhtiar gak. Heheh... Yang pertama, keluarga sebelah mertua wat majlis solat hajat dan bawakan air solat hajat untuk mandi. Kira selusuh gak la kan? Tatau la saya. :p Tak lama lepas tu... kawan emak ada beri sejenis bawang ni.. Tatau la bawang spesis ape. Memang saya tak pernah tengok la bawang tu. Katanye, perlu dimakan layer by layer. Wat ulam pun bley. Tak perlu dimasak. Makan jek trus. Rasanya macam pedas-pedas sket la. Telan jek la. Emak ada amik 2-3 biji bawang tu yang dah berakar untuk ditanam kat area rumah. Then, kakak plak beri air solat hajat dan minyak selusuh yang dia mintak tolong mak mertua dia buatkan untuk saya. Er.. nape plak emak mertua sebelah kakak plak kene watkan? Heheh.. sebab tatau nak mintak sape yang watkan minyak selusuh tu. Sebenarnya, saya dah tersilap cakap kat emak mertua saya, keluarga saya nak watkan minyak tu. Sudahnya, tatau nak minta tolong sape wat. Heheh.. Jadi mintak tolong keluarga mertua kakak saya. Tibai aje. Ada lagi, emak suh saya pergi klinik homoeopathy untuk amik ubat selusuh kat sana. Sebagai anak, menurut kata orang tua yang lebih dulu makan garam :D

Selain tu.. masuk 8 bulan, saya ada cari doa-doa untuk selusuh ni. Saya rujuk kat blog Nad. Emak pun ada kasi ayat selusuh. Ayat Quran. Tapi saya lupa plak ayat dari surah mana dan ayat ke berapa. Maksud dia memang elok. Nanti saya tanyakan pada emak. Pastu.. ustazah kelas ngaji plak, pesan baca ayat no 15 & 33 dari surah Maryam. Baca selalu dan gosok-gosok perut sambil baca. Ayat ni saya baru nak hafal. Sebab kalo nak hafal semua, takut konpius or terlupa. Hafal satu per satu.

Surah Maryam, ayat 15 & 33. Sumber dari http://quran.com/19.

And peace be upon him the day he was born and the day he dies and the day he is raised alive.

And peace is on me the day I was born and the day I will die and the day I am raised alive."


Ada lagi 20 hari ke due date saya. 2 orang kawan yang due bulan ni.. da selamat melahirkan pada bulan ini. Cuak gak ni. Harap semua selamat. Amin.


06 December 2010

Breatpump Equipment

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:31:00 AM 0 comments
Kali ni nak cakap pasal breastpump equipment. Saya beli ni pada minggu ke 32 a.k.a masuk 8 bulan usia kandungan. Tak kesah la korang nak beli bila. Bergantung pada masing-masing. Better before deliver supaya suami anda tak blur nak pergi membeli semasa anda sedang berpantang.


Saya beli ni kat OneBabyWorld. Ni 1st time beli. Harganya RM 315. Ni package Medela - Harmony Breastpump **Back to Work Package** . Ni pakej yang paling murah. Hahaha... Nak try yang manual pump dulu. Nanti-nanti baru fikir nak beli elektrik ke apa.. sebab masih tak tahu kemampuan sendiri nak breastfeeding ni. Terpulanglah kepada masing-masing. Masa saya beli tu da promosi dah. Skang ni tengah year end sale harganya turun lagi jadi RM 310. Tapi saya tak nyesal pun. Beli awal-awal.. setel.. hati senang.

Owh..Ape yang ada dalam pakej ni?

  1. 1 unit of Medela Harmony Manual Breast Pump with 2 Phase Expression worth RM269.00
  2. 1 Autumnz Cooler Bag (FREE Autumnz Air Dry Mesh Bag)** worth RM55.90
  3. 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
  4. 8 bottles of AutumnzPP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) worth RM38.90 - yang ni saya dapat Bumble Bee Storage Bottles punye sebab stock Autumnz da abis. Still 8 bottles with FREE 2 bottles but without ziplock storage bag. Psst.. memang hasrat hati tanak pakai ziplock storage bag tu dan sememangnya lagi suka Bumble Bee bottles sebab dia kaler blue! Heheh..
  5. 1 pc of Autumnz Nursing Bra** worth RM39.90

Pastu.. dapat plak RM 10 voucher lagi.. and free delivery sebab harga belian melebihi RM 200. Hanya untuk barangan tertentu sahaja taw.

Mari kita tengok details lagi:

Ni.. Medela Harmony pump. Disertakan dengan gajet sebagaimana gambar paling kiri dan tengah. Ada bottle Medela jugek. Kalo tanak pakai botol medela, boley guna Bumble Bee nyer. Muat masuk sebab mulut pump tu standard size dan sesuai dengan kebanyakan storage bottles. Rasenye.. storage bottle Autumnz pun muat jugek.


Ni plak Medela bottles. Ada 1 jek tau. Boley diguna untuk direct pump ke botol ini atau as a storage bottle atau.. bley wat as botol susu. Pasang jek teet kat atas dia. Mulut botol ni standard size dan boley match ngan kebanyakan teets yang berada di pasaran. Saya test teet Anakku. Muat. Beres! So maknanya.. kalo sudah siap pump.. boley simpan dalam fridge direct. Jangan lupe letak seal disc kat atas dia. Pastu ble nak feed baby.. boley kuarkan dari fridge, rendam dalam air untuk jadikan suhu susu tersebut sesuai untuk baby dan.. seterusnya.. tukarlah sealing disc kepada teet dan bley trus feed baby. :D


Gambar paling kiri tu... Bumble Bee storage bottle yang saya dah cabut satu-satu. Botol, leher dia dan sealing disc dia. Yang tengah tu.. Bumble Bee storage bottles yang blum di unpack. Ada 8 dalam kotak, percuma 2 kat luar kotak tu. Boleh pump trus ke dalam botol ini dengan menggunakan Medela Harmony (breastpump Medela lain saya tatau.. Bley gak kot) atau dijadikan feeding bottles juga. Gambar paling kanan tu.. Autumnz ice pack.


Ni Autumnz Cooler Bag. Ada 1 poket kecik kat depan.. Ada 2 main compartments. Ada poket-poket kecik jugek kat dalam dia. Boley la selit-selit apa-apa yang patut. Ada 2 tali yang membolehkan bag ni digayakan mengikut cara anda. Boley wat sling style dan bley wat ala-ala single penyangkut untuk sangkut kat mana-mana. Eg: dalam kereta or kat stroller. One side is bigger than another side. Muat juga letak Medela Harmony breastpump dalam tu. Rasenya 4 bottles da cukup untuk pump daily kat opis. Gambar paling bawah kanan.. tu ada yang kaler putih tu.. percuma skali Air Dry Mesh Bag. Untuk simpan bottles or breastpump semasa proses pengeringan. Sangat sesuai nak guna masa travel or kat opis.

Ada 1 lagi gambar yang saya tak letak kat sini. Nursing bra. Segan. Hehehe... Saya beli design Glenn ni.

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan hasil shopping saya ni. Khidmat dari OneBabyWorld pun adalah memuaskan. So.. saya beli lagi buat kali ke2 nya.. saya beli 2 pieces Glenn nursing bra lagi. Sebab design dia simple dan tak attractive sangat serta kain cotton yang selesa. Ni pendapat pembeli semata-mata. Tak guna lagi pun barang-barang ni. Nanti kasi review selepas penggunaan plak. Hehhe...

~*~

Sebenarnye.. pening kepala gak mula-mula nak beli breastpump yang macam mana.. brand ape.. nak beli electric or manual... nak beli kat mana. Konpius betul. Lastly saya shortlist Medela Harmony & Avent ISIS Manual. Pilih manual dulu sebab tak confident sangat dengan kemampuan badan sendiri untuk fully breastfeed. Tapi kene beli gak. Kalo tak ada usaha.. tak akan ada hasil kan? Berkenan sangat ngan Avent sebab dia kaler biru dan nampak lagi ekslusif. Heheh.. Ni kehendak ni. Bukan keperluan. Da bling-bling gitu..

Macam biasa.. semua perkara/benda ada pros n cons nya. Macam gak 2 breastpumps ni. Saya dapat info.. ramai pengguna vote for Medela Harmony for easy parts & vote for Avent Isis for easy let down (lagi senang nak keluar susu sebab dia ada massaging function). Finally saya pilih Medela sebab:
  1. Jumpa tawaran menarik dari OneBabyWorld dan...
  2. Banyak affordable storage bottles yang bley match ngan Medela Harmony untuk direct pump & store.. dan.. bley feed pakai same bottles jugak.
  3. Easy parts to handle.

Tak pilih Avent sebab (minta maaf kalo info salah. Ampun..):
  1. Mengikut hasil pembacaan saya.. kalo Avent ni.. mulut bottles dia size lain. So.. kene beli storage bottles Avent gak. Bukan murah weh...
  2. Dia punya VIA cups pun.. dengar ceritanya.. penutup dia tak berapa rapat dan senang tertanggal. Cane nak bawak travel or bawa pegi taska/rumah babysitter? Lagi kukuh pakai storage bottles la kot.

Setakat ini, tak menyesal lagi pilih Medela Harmony (tak guna pun lagik :p). Walaupun saya lagi suke kaler biru Avent.. tapi kaler kuning Medela pun sweet jugek. Hehhe.

Sekian. Selamat menyambut Awal Muharram. Jangan lupa baca doa Akhir dan Awal tahun. Sila rujuk entry kat blog Munie.

05 December 2010

Mood kerja terumbang-ambing

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:26:00 AM 0 comments
Saya rase macam da kene cuti jek. Hahaha! Ni alasan beri kat diri sendiri untuk mencutikan diri di kala virus kemalasan melanda. Berikut adalah sebab-sebab kenapa saya perlu bercuti:

  1. Mouse mula weng sejak akhir-akhir ni. Wei... tanak kasi ku wat keje ke?
  2. Ekon rosak. Kena naik pangkat 1 level ke 2nd floor untuk dapatkan suhu yang selesa. Imagine.. kene panjat tangga setat dari Ground floor, Mezzanine floor, 1st floor then baru sampai 2nd floor. Memang menduga tahap keimanan nak memanjat naik tangga dikala kesaratan ini.
  3. Notebook macam weng aje. Alahai.. dia wat hal la plak. Before ni ok ok jek.

Heheh.. itu la reason yang saya rasa lemah jek nak pergi keje. Er.. kukuh tak alasan ni? Ngehehe.. Di kala kelayuan mata ni.. kalo bukak coding.. bley plak berfikir ala-ala separuh sedar wat kerja. Memang tak ikhlas wat keje ni. Hehe.. Bertahan untuk sebulan lagi. InsyaAllah.. harap selamat melahirkan bayi ini :D Lepas tu.. Cuti! HoYEAY! (Ni happy nak bercuti ke.. happy nak beranak ni? :p)

29 November 2010

Bilakah masanya nak beli barang baby?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:49:00 PM 2 comments
Saya pun selalu search kat tenet dulu.. ble masa yang paling sesuai nak setat beli barang baby ni. Tadi sahabat saya, Ikin... baru tanye. So.. saya publishkan kat sini untuk panduan bersama. Perlu diingat. Bukan barang baby jek perlu dibeli. Barang-barang keperluan si ibu juga. Biasanya tak banyak barang ibu yang perlu dibeli. Kebanyakannya telah ada dan cuma perlu dipackkan sahaja.

Seeloknya, barang-barang yang dibeli ini adalah barang keperluan dari saat menyambut kelahiran bayi hingga habis tempoh pantang hari ke-40, tidak termasuk jamu/ubatan untuk ibu hamil. Yang tu terpulang la nak beli before bersalin atau semasa dalam pantang.

Kalo korang nak tau. kalo ikut Klinik Kerajaan, bag baby dan ibu untuk ke hospital sepatutnya sudah siap disediakan seawal minggu ke 28 lagi iaitu tepat masuk 7 bulan usia kandungan. Ha.. awalkan? Ni adalah sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kelahiran pramatang. Nauzubillah... Harap semuanya selamat. So.. silalah mula membeli barang pada usia kandungan 6 bulan sebab, kalo da masuk 7 atau 8 bulan.. kita da x larat da nak bawak perut bershopping. 7 bulan ok lagi.. 8 bulan.. owh.. saya nak duduk jek. Tanak jalan dah. Hehehe. Ada orang cakap tak elok beli barang baby awal-awal. Saya pun rasa macam tu. Sebaiknya, beli lah yang perlu sahaja dahulu. Apa pun, terpulanglah kepada pertimbangan masing-masing. Kalo ada sale, sila jangan abaikan sale berkenaan. Bershoppinglah. Weeheeee! Tapi pastikan berhemah ye. Paling lewat untuk sediakan bag baby dan ibu untuk ke hospital ialah pada minggu ke 32 iaitu tepat masuk 8 bulan. Er.. saya tak la totally siap pada minggu ke 32 ni. Tapi da kumpul setempat dan ada sikit-sikit barang yang masih perlu disediakan.

Seawal minggu ke 28 lagi.. sepatutnya da kene masukkan bag baby dan ibu ke dalam kereta ye. Pastikan barang-barang yang diletakkan di dalam kereta itu adalah yang tahan panas. Jangan letak breast pump, botol susu dan puting susu atau barang-barang yang tak tahan tau. Takut rosak bila da duk dalam kete lama-lama. Barang-barang yang tak tahan suhu panas ni.. boleh la diletakkan di rumah dalam keadaan siap dipack untuk diangkut terus ke hospital apabila tiba masanya nanti. Letakkan ditempat yang senang dilihat dan maklumkan kepada suami anda supaya dia tak tercari-cari barang berkenaan nanti.

Untuk yang akan berpantang di tempat lain contoh di rumah ibu bapa atau ibu bapa mertua, sila packkan barang yang akan dibawa ke sana oleh suami. Juga, letakkan ditempat yang senang dilihat dan maklumkan kepada suami anda supaya dia tak tercari-cari barang berkenaan nanti. Elok juga pack awal-awal dan terus letak kat sana. Beres terus kat situ. :D

Nanti saya akan listkan senarai barang baby dan ibu yang perlu disediakan untuk ke hospital. Senarai beli barang baby saya.. ada kat sini. Cuma senarai beli barang ibu tak ada lagi. Akan saya publishkan juga nanti.


23 November 2010

Tagged by Mama Nieyzha

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:05:00 AM 1 comments
Suda lama tak kene tag ni. Bebaru ni kene tag by Mama Nieyzha. Meh selesaikan. :D Ni la perihal tag yang perlu saya selesaikan:

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

  1. Suka makan tapi tak pandai masak. Reka jek asal rupa macam cantik & buley di makan. :p
  2. Di kala ini sedang pregnant 34 weeks 3 days.
  3. Suka tido. Hehehehe.
  4. Cita-cita pertama nakjadi fashion designer. Tapi takut nanti ter-mereka baju yang menampakkan aurat. Lepas tu tukar cita-cita nak jadi arkitek. Tapi salah-satu tanda-tanda akhir zaman ialah berdirinya bangunan pencakar langit. So.. tuko lagi. Ingat nak amik computer engineering. Silap apply course tu kat UKM sebab nak amik course ni kene pointer cantik baru dapat. Lastly dapat jurusan IT kat UKM. System management. Tibai jek la. Heheh...
  5. Anak bongsu perempuan. Hahaha. Emak gelak ble saya cakap saya bongsu perempuan. Sebab tak macam bongsu pun since saya adalah anak ke2 dari 5 beradik. Yang sulung kakak. Lagi 3 kat bawah sumer laki. Tak sempat nak mem-bongsukan diri sebab layan adik-adik laki sumer ni.
  6. Pernah dapat sindrom anak ke-2. Korang nak tau ape maksud sindrom anak ke-2? Sila Google. Ni salah-satu rujukan. Secara ringkasnya, saya dapat sindrom anak ke-2 sebab Yang sulung perempuan, saya anak kedua juga perempuan. Beza 1 tahun aje ngan kakak. Adik bawah saya anak lelaki dan juga beza 1 tahun dengan saya. Sebab tu la saya ada dapat sikit sindrom anak ke-2. Alhamdulillah. Skang da besar. Saya sudah faham. Bukan salah Ayah Ibu. Maybe kalo kita duk kat tempat dorang pun, kita tak perasan anak kita dapat sindrom ni. So... to all my friends yang akan dan telah punya anak. Beware ye. Jangan sampai anak-anak dapat sindrom ni. Saya pun kene beware jugek :D
  7. Skang bekerja & tinggal di Terengganu.
  8. Tinggal di asrama sejak tingkatan 1 hingga habis Universiti. Lama tu merantau. Nasib dalam negara lagi.
  9. Rumah sewa dekat jek ngan umah parents.
  10. Hubby orang Kelate. Sayang Incik hubby saya.
  11. Bekerja at this really one and only IT company till now.
  12. Saya bukan seorang yang ramah sebab saya penat kalo cakap banyak-banyak. Tapi tak bermakna saya antisosial. Saya suka ape lepak ngan kawan-kawan even saya tak bercakap mana pun.
  13. Saya lebih suka melihat gelagat orang tapi tak suka menilai orang. Dont judge a book by its cover ok.
  14. Saya harap saya akan lebih pandai manage masa. Skang ni saya cuba sedaya-upaya saya. Dalam keadaan sarat ni, terbatas keinginan saya ni. Tapi kita kene berusahakan? Kene belajar sebab nanti nak manage suami, diri-sendiri, anak-anak, rumah-tangga, kerja dan study. Harus berusaha! Doakan saya berjaya.
  15. Saya suka belajar benda baru dan tak suka berada di satu tahap sahaja. Heheh.. suke aje. Kekuatan nak buat tu tak ada sangat. :p
  16. Baru 16 perkara.. Ape lagi ek? Tengah sakit pinggang sambil menaip ni. Baby suda besar. Sukanya hati lagi 1 bulan lebih nak jumpa baby. Harap panjang umur kami sekeluarga untuk menikmati kebahagiaan yang Dia anugerahkan kepada kami.
  17. Berat saya sekarang ialah 69kg. Berat before kawen average 55kg. Dekat-dekat kawen dalam 60kg. Hahahha.. Senang hati la katakan.
  18. Keje saya tak siap-siap lagi. Da tak reti nak buat. So.. relax sekejap siapkan tag ni.
  19. Berhasrat nak menyusukan baby secara ekslusif. Tapi tanak paksa diri. Akan readykan susu formula jugak. Sian baby takut tak cukup kenyang nanti. Saya juga suda beli breastpump + botol susu + storage bottle + cooler bag + ice pack. Chaiyok P!
  20. Ha... lupe.. full name saya.. Ruzainisuhanaliza. Nick name.. P. Simple & easy to remember. Heheh..
  21. Umur sudah 27 tahun this year tapi masih lagi suka layan katun.
  22. Tengah gila tengok cite korea ngan Incik suami. Citer Daring Women kat channel 393, ONE HD. Mehla join kawan-kawan. Isnin sampai Jumaat tau. Pukul 10.10 malam. Jangan lupe.
  23. Layan gak citer korea First Wives Club kat channel 393 gak. After citer Daring women abis.. sambung tengok citer ni.
  24. Owhh.... tak larat nak masak-masak da skang. Cepat penat sebab perut membesar dengan jayanya. Trimester ke3 adalah masa yang paling sukar buat saya berbanding trimester yang lain. Alhamdulillah saya tak banyak alahan semasa trimester pertama dulu. Sikit jek dugaan ni.. Lagi 1 bulan lebih nak due. Bertahan!
  25. Saya ni lemah sket bab mencongak. Sila re-calculate kalo saya ada urusan kira-kira ngan anda. :)
Yeay! Berjaya abiskan. Mari kita tag kawan-kawan lain!

Tag balik Mama Nieyzha
Munie
Na
Kak Salina
Iza

Hehe.. buley tak tag 5 orang jek? Kikikik. Dan saya tak mewajibkan anda untuk menyelesaikan tag ini.

SeKiAn

10 November 2010

Promote Butik Barang Baby

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:11:00 AM 1 comments
Salam kawan-kawan.

Hari ni saya nak promote butik kawan saya ni, Butik Bayi Comel & Fx Online Shop.

Butik Bayi Comel bertempat di Terengganu manakala Fx Online Shop pula di Kelantan so kalo nak beli direct, bley la contact owner butik tersebut. Butik Bayi Comel ada banyak pilihan Cloth Diapers. Memang menjimatkan kalau pakai cloth diapers ni merujuk kepada konsep washable nya. Saya suka jugek lepak di Fx Online Shop tengok dia nyer sale kalo-kalo ada. Ada juga pilihan breastpump dengan harga yang amat menarik. Kedua-dua owner ni memang ramah-tamah dan sedia memberikan khidmat nasihat untuk yang bertanya, sebelum nak beli barangan daripada mereka.

Ni adalah contoh cloth diapers yang boleh didapati dari Butik Bayi Comel.

Siap ada super saver price lagi:
1pc @ RM 39.00/pc
3pc @ RM 38.50/pc
5pc @ RM 38.00/pc
7pc @ RM 37.50/pc
9pc and above @ RM 37.00/pc

~*~

Market price: RM 289
Fx Price: RM 210

Market price: RM 269
Fx Price: RM 199

Ni plak adalah antara produk dari Fx Online Shop. Harga memang menarik kan? Banyak lagi barang kat sana. Jum tengok.

Sila la melawat & Selamat bershopping! :D

08 November 2010

Solat Hajat & Kedatangan Mertua

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:19:00 PM 2 comments
Hari Jumaat, 5/11/2010. Keluarga sebelah mertua di Kuala Krai telah mengadakan solat hajat untuk saya dan baby tanpa kehadiran suami dan saya. Kami berada kat Terengganu masa ni. Kami tak dapat pergi sebab saya kurang sehat dan terpaksa amik MC pada hari Khamis iaitu hari sebelumnya. Majlis berkenaan diadakan selepas solat Jumaat. Nekad betul family keluarga mertua nak buat gak. Saya segan takut menyusahkan dorang. Terima kasih banyak-banyak kerana berusaha bersungguh-sungguh menjayakannya :D

Petang Jumaat lebey kurang pukul 6.30 petang, Incik suami dapat call dari bundanya di kampung. Rupa-rupanya dorang da on the way dari Kelate ke Terengganu untuk hantarkan air solat hajat. Imagine, penat bersiap-siap untuk majlis solat hajat pada sebelah pagi, tengahari melayan tetamu, petang mengemas dan cuci pinggan.. lepas tu.. terus bertolak ke Terengganu. Mesti dorang sengaja call nak datang masa da on the way. Kalo bagitau sebelum bertolak, konpem hubby n saya tak bagi dorang datang sebab takut dorang penat. Apa pun, dorang selamat sampai ke rumah kami dengan selamat. Risau jugek saya sebab tak mampu nak jamu dorang dengan masakan sendiri sebab da nama pun tengah sarat. Kalo tak sarat pun, risau jugek sebab tak pandai masak. Kikikik. Ingatkan nak bawak keluarga mertua dinner kat luar. Tapi dorang da siap-siap bawa nasi dagang yang dimasak untuk majlis solat hajat tu. So, kami pun makan la nasi dagang beramai-ramai.

Incik suami dan saya bawa sket nasi dagang Kelantan stail ke rumah ayah dan emak saya. Bukan main lagi dorang santap. Emak saya memang suka nasi dagang merah. Ayah pulak suka makan nasi dagang dengan gulai ayam. Pada mulanya saya risau kalau tak kene dengan selera dorang. Menu nasi dagang tersebut ialah nasi dagang merah, gulai ayam, gulai ikan dan keresek jantung pisang. Korang biasa makan tak?

Keesokannya keluarga sebelah mertua dijamu makan tengahari di rumah ayah dan emak saya. Lauk simple tapi sedap. Suda lama tak makan emak masak. Kami tuan rumah plak yang beria-ria menambah. Incik suami pun same naik gak berselera. Keluarga mertua ala-ala segan gitu.

Saya sangat terharu dengan kesungguhan keluarga mertua nekad mengadakan solat hajat dan kemudian bersungguh-sungguh datang semata-mata untuk menghantar air solat hajat. Saya pun terharu dengan kesungguhan ayah dan emak melayan keluarga mertua denga baik walaupun emak saya agak sibuk pada hari itu dengan bisnesnya. Terima kasih jugak kepada kakak saya yang terpaksa hadir lewat ke majlis perkahwinan sahabat baiknya kerana bersama-sama melayan keluarga mertua saya. Walaupun maybe dorang tak baca pun blog saya ni.. Saya betul-betul berterima kasih kepada semua.

:D


07 November 2010

8 bulan :D

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:25:00 PM 1 comments
Alhamdulillah. Harini, 7/11/2010 kandungan ini telah berusia 8 bulan. Makin akfif gerakan baby kat dalam perut ni. Masih belum dipastikan jantina bayi ini. Hari tu suda scan katanye.. jeng jeng. Tapi nak konfem balik hari Selasa ini memandangkan akan gi scan pada hari tu. Screen untuk scan kat Klinik Kesihatan lagi besar so maybe lagi clear la kot nampak nanti. Tak sabar nak tunggu hari Selasa.

Ada lagi 8 minggu sebelum due. Rase excited ble tengok orang bawa baby pegi wat checkup kat klinik. Saya berharap semuanya selamat nanti dan semoga panjang umur suami, baby, saya dan ramai la lagi orang dalam list saya.. untuk bersama-sama mengecapi detik kebahagiaan bersama bayi ini. Huhu... risau pun ada sebenarnya. Apa pun, perancangan Allah adalah yang terbaik.

Petang tadi pergi klinik check urine & blood pressure. Kene berulang-alik ke klinik 2x seminggu selama 2 minggu. Kene observe sebab berat naik banyak. Naik 1 kg dalam masa seminggu. Kikikik. Before ni, berat tak naik/turun/naik sket jek. Ni berat naik banyak plak. Biasa la kan. Tengah berselera. Tapi saya still jaga pemakanan saya supaya tak terover. Kadang-kadang jek mencekik ble tak ingat. Heheh. Setakat ini, semua ok. Takde pen kaler merah dah. Harap berterusan tak ada masalah. :D

# Happy birthday to Kak Syud yang menyambut hari jadi pada hari ini. Happy 7 eleven. :D
# Congrate pada Afsal sebab dapat anak saudara baru lagi. Cakap kat Umairah congrate dapat adik gegurl. Mesti cute macam Umairah.

01 November 2010

31 weeks 2 days

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:46:00 PM 3 comments
Begitula umur kandungan saya ketika ini. Serius perut sangat membesar. Baju preggy pun da ada yang tak muat. Hahahah! Keadaan semasa saya ketika ini:

  1. Selalu sakit pinggang.
  2. Kadang-kadang cramp kaki kalau salah menggeliat di pagi hari. Perkara ni berlaku sejak kandungan berusia 4 bulan kot. Ntah la. Tak brapa ingat. Heheh..
  3. Tak memasak secara aktif semenjak raya Aidilfitri yang lalu. Sambung aktiviti memasak secara beransur-ansur memandangkan adik ipar (perempuan) join duk umah sekali sebab dia kerja kat area-area rumah. Incik suami tengah berdiet skang. Heheh.. sebab tu saya tak masak sangat. Tak berbaloi masak untuk sorang. Skang ni adik ipar ada so, berbaloi la sket masak untuk 2 orang. :D Saya pun suka memasak ni. Rasa puas hati walopun kadang-kadang penat. Biarpun hasil masakan tak sesedap & tak sehebat mana. Lauk simple-simple jek.
  4. Kadang-kadang rasa penuh bertenaga, macam-macam saya buat kat rumah. Kemas tu.. kemas ni.. masak tu.. masak ni.. Tapi ada masa-masa badan rasa tak larat sampai tak bley bergerak. Siap mengesot-ngesot kalo nak amik barang. Hihihi.. Macam-macam hal.
  5. Sangat seronok rase baby bergerak-gerak dalam perut. Semasa solat, masa tengah berdiri baca Al-fatihah tu kan.. kita qiamkan tangan dekat ngan hati. Masa tu.. saya dapat rasa baby main-main kat bawah tempat letak tangan saya. Owh... sangat sweet. Rasa bahagia (Saya doakan sahabat-sahabat lain juga akan dapat merasai nikmat ini. Amin~). Eh.. khusyuk ke solat? Hihihi... Solat dengan rasa syukur.
  6. Selalu rasa nak ke toilet. Lagipun skang ni musim hujan. Kesejukan yang menyumbang ke arah toilet. Heheh.
# Tahniah kepada Nieyxzha yang telah selamat melahirkan seorang puteri semalam :D

27 October 2010

Kira pergerakan bayi

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:36:00 AM 3 comments
Semalam pegi klinik. Kat bahagian berat ditandakan dengan pen merah. Berat naik 2 kg dalam 2 minggu. Memang membesar dengan jayanya. Risau jugek kalo baby besar. Orang cakap, tak elok kalo bayi besar untuk bersalin normal. Takut gak... Camne nak keluar kalo besar? Tapi masa scan, doc cakap.. baby membesar ikut saiz yang sepatutnya. Doc pun ada cakap uri ada ke bawah sket. Akan observe next two weeks lagi. Katanye lagi, rasanya tak ada masalah. Nanti ble baby semakin membesar, dia akan makin tolak uri ke atas (nak kene besar lagi ke? Ni pun da rase besar da sangat perut ni. Hihih.. Tak ape.. asalkan baby sihat. Amin.) Tak ada yang perlu dibimbangkan. Kalo bleeding jek kene cepat-cepat ke klinik. Nauzubillah.

Tu baru intro. Ni baru nak masuk isi. Heheh.. Hari ni da 30 minggu 4 hari. Alhamdulillah :D Suke! Suke! Suke! Arini juga setat kira pergerakan baby dalam kandungan ni. Tak reti pun nak kira. Meh kita refer sini. Mekasih kepada tuan punya blog yang telah post entry ni. Pada pendapat saya, banyak membantu. Skang ni pukul 12.16 tengahari. Setakat ni.. 4 kali baby bergerak. Er.. sikit ke? Ada jugak yg saya tak kira. Sebab rasa macam antara pergerakan tu.. sela masanya singkat. So.. saya tak kira. Nanti karang masa nak abiskan kira kul 9 malam nanti.. baru saya ngelat-ngelat kira pergerakan yang saya tak amik kira tadi untuk cukupkan 10 gerakan. Aci tak? Heheh..

26 October 2010

Hunting for Maternity Wear

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:49:00 PM 0 comments
Susah betul nak cari baju mengandung maxi yang sopan + cantik + muat ngan perut ni. Jumpe yang cantik, singkat la plak. Biasa average bawah paras lutut sket. Kalo jumpe yang labuh, tak cantik (heh.. choosy jek kan?). Dah la mahal. Nak pakai kejap jek. Nak sambut kelahiran baby nak kene ready duit gak. Tu pasal berkira nak belikan baju untuk diri sendrik. Nak beli jubah, tak muat perut la plak. Dah 5 buah kedai da ni round kat area Kuala Terengganu ni. Last-last.. beli 1 jek. Heheh.. Ok la harga dia. Nak kate cantik.. so.. so.. la. At least labuh + muat perut + rupa agak boleh diterima walopun rase macam nampak bentuk sket kat bahagian belakang. Saya malu. Huhu... harap-harap ok. Skang baru 7 bulan. Tatau la camne rupanya ble da 8-9 bulan nanti. Tatau muat ke tak baju-baju ni.

Dengar kawan cakap kat Kota Bharu lagi banyak choice. Walaupun kampung hubby kat Kuala Krai, tak terpergi plak kami ke sana. Balik kampung weekend, 2 hari jek. Takkan la balik kampung, letak beg.. pastu gi shopping. Tak sedap la plak macam tu kan. Mesti Incik suami nak lepak-lepak ngan family. Kasi can la. Lagipun, saya da tak larat sangat nak bershopping sakan. Cepat penat. Maybe next time.. kene cari baju mengandung time tak mengandung. Tak la penat sangat. Heheh.

Still hunting for maxi maternity wear yang sesuai.

14 October 2010

Tergoda~ bedding set kekabu ni

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:07:00 PM 0 comments
Slalu jalan-jalan kat blog Nad kat sini dan tergoda dengan bedding set yang diorder as shown here. Ok tak kalo order yang ni? Harga dalam RM150 +/- lebey kurang. Bling-bling sangat ke saya ni kalo beli yang ni? Kalo beli yang biasa nipis.. macam kesian jek kat baby. Huhu.. anak sedara saya.. Adam, ada 2 tilam. Satu yang cute & lembut tapi nipis sket. Lama-lama pakai jadik macam bijik-bijik kat texture tilam tu.. Lagi 1, Adam ada tilam kekabu yang nenek sebelah abang ipar yang tempah. Adam nampak macam lagi suka & selesa golek-golek atas tilam tu. Terbukti dia lagi suka yang kekabu daripada yang comey tp nipis. Tu yang tergoda nak tempah bedding set kekabu ni. Masih berkira-kira. Saya takmo jadi isteri yang boros + bling-bling & pada masa yang sama, taknak jadi ibu yang kedekut pada anak dalam perut ni. Camne ni? Huhu..

# Update on 31/10/2010. Hold dulu. Parents suda hadiahkan bedding set cute kaler pinky 1. Nanti nak fikir untuk bedding set time nak beli baby cot nanti sebab nak matchkan sizenya.

13 October 2010

Farewell Afsal

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:36:00 AM 3 comments
Zooming the cake!

Acara makan-makan jangan dilupakan.
(Layan-la rupa saya yang tembam-ye ke? :p)

Farewell & Good Luck Sal. Gitu la tajuk acara makan-makan kali ini. Acara ni berlangsung semalam kat Pizza Hut, Giant. Senang parking situ. Heheh. Tahniah pada Sal yang akan mulakan kerjaya baru as a lecturer kat sebuah politeknik di utara semenanjung. Kerja rajin-rajin ye. Chaiyok. Jangan lupakan kami di sini. Friendship forever. Muachs!

Santap Choc Cake

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:55:00 AM 0 comments
Minum pagi semalam melantak 2 pieces choc cake hasil air tangan Munie. Tq Munie.. Kek ni... ble masuk mulut.. memang amat nyaman sekali. Saya siap ngap 2 biji sambil wat muka kesian cakap.. saya kene makan dua. Satu untuk saya, satu untuk baby. Ngehehe. Sini resepi Munie. Sila la rujuk.

11 October 2010

Baby checklist (Ayahnya kene pastikan semua cukup :p) - revised

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:51:00 PM 4 comments
Ni adalah hasil shopping pertama Incik suami & saya :D Semalam da shopping sket untuk kedua kalinya. Ada sket jek tambah. Pastu saya bukak plastik dan lipat-lipat masukkan dalam paper bag dan plastik pink ni sampai sendat. Kalo tengok gambar.. macam sket jek barang. Tapi ni da ratus-ratus da. Kitorang da usahakan untuk tidak bling-bling dan beli secara berhemah. Tapi macam ada jek barang yang bakal dibling-bling kan iaitu.. bedding set, breast pump & feeding bottles. Heheh.. kita tunggu dan lihat la nanti.

Before ni saya penah post pasal ni kat sini. Minggu lepas, saya dengan kerjasama suami telah revise kembali senarai barang-barang yang perlu dibeli. Barang-barang ni bukannya full list. Ia hanya sebagai persiapan dari setat masuk hospital hingga semasa pantang 40 hari. InsyaAllah cukuplah barang-barang ni. Maybe akan ada barang-barang yang perlu diulang-beli semasa pantang nanti atas sebab da abis. Ye la.. takkan nak beli stock 6 bulan plak. Heheh. Barang-barang lain yang perlu selepas selesai pantang.. akan dibeli kemudian. Tengok bajet dulu. Beli yang mana perlu dulu. Yang lain... bakal menyusul. Berikut adalah senarainya (ayat skema jawab exam):

Barang Baby Newborn:

# Clothes - DONE :)
Baju - 5 helai
Sarung tangan & kaki - 5 helai
Sapu tangan (optional) - 3 helai
Barut - 8 helai
Lampin (as bedung & multipurpose) - 1 pek, 12 helai
Topi - 2 helai

# Diapering - DONE :)
Newborn diapers - 1 pek
Napkin liner - 1 pek
Changing Mat - 1 keping
Vaselin (as nappy rash cream & lip balm) - 2 bekas, kecil
Tisu kotak
Tisu toilet

# Grooming - DONE :)
Bedak bayi - 1 (travel set)
Baby lotion/oil - 1 (travel set) Keterangan
Nail clipper + gunting - 1 set
Nasal aspirator - 1
Cotton Bud - 1
Minyak telon - 1
Ubat cuci tali pusat - dibekalkan oleh hospital/klinik
Kapas (Kakak kasi. Ada extra anak sedara punya. Untuk cuci tali pusat) - 1 gulung

# Beddings - DONE :)
Selimut ada hood - 2 helai
Bedding set -1
Kelambu (net ala-ala tudung saji tu) - 1

# Bathing - DONE :)
Tuala - 3 helai
Besen - 1
Syampu - 1 (travel set)
Sabun mandi - 1 (travel set)
Gayung (bekas plastik kat rumah jek) - 1
Bath mat - 1

# Feeding
Botol susu kecil + puting saiz S, short (BPA free & anti colic) - 1
Botol susu sederhana + puting saiz S, short (BPA free & anti colic) - 1
Berus/span cuci botol dan puting susu - 1
Termos - 1
Pencuci botol susu - 1 Keterangan
Sterile pil - 1 kotak
Susu Anmum Essential (as back up kalo x cukup BF :p) - 1 tin

# Travel - DONE :)
Bag (Incik suami pilihkan. Blue. I like!)

# Extra - DONE :)
Sepit baju
Penyangkut baju bulat + penyepit - 1
Bakul baju bucuk - 1
Bakul/bekas simpan baju & barang baby (beli laci plastik aje. x masuk habuk) - 1
Detergent pakaian baby - 1
Baby on board sticker - 1

Raya KNSB 2010

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:38:00 PM 0 comments
Antara gambo-gambo raya opis. Berlangsung di Paradise Deluxe, Pasir Panjang, Terengganu. Da dekat nak abis raya da time ni. Sempat pose ngan hubby + hadiah cabutan bertuah yang dibungkus bersama-sama kawan-kawan. Saya AJK hadiah. Alhamdulillah dapat la sebijik hadiah. Incik suami duk tenung jek no cabutan bertuah dia yang tak bertuah. Kikikik. Jangan sedey ye.. Satu family hangkut 1 da ok la. Kalo nak angkut bawak balik sorang 1.. orang lain plak tak dapat. Hehe.. buley la saya wat ayat cenggitu sebab no saya bertuah. Tu pun mintak tulon Incik suami pegangkan no tu. Curik luck dia sket. Heheh.


Sesi bergambar bersama rakan-rakan. Ni la gambar yang sempat disnap. Maklumla duk sibuk makan jek. Amik gambo pun depan pintu da nak kuo.. da nak balik da. Cheese!


Tq kepada pihak syarikat yang sudi mengadakan majlis hari raya ini.

Entry Tertangguh (jugek) - Raya 2010

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:59:00 AM 0 comments
Ni adalah gambo raya Aidilfitri tahun ini. Beraya di rumah mertua ni Kuala Krai, Kelate. Balik ke Terengganu pada pagi raya ke 4 so, tak dapat la bergambar raya bersama keluarga sebelah saya. Tak kesah sangat. Tahun depan turn raya kat Ganu plak insyaAllah.. bersama anak yang bakal lahir. :DPic suasana rumah di pagi raya ke 6 kot. Hahaha... baru ada rupa nak sambut raya. Hari-hari sebelum tu rumah tunggang-langgang sebab baru balik dari Kelate + sibuk beraya kat rumah orang lain + penat. Heheh... Kejap jek kemas ni.. Pastu kabut balik. Kuih-kuih raya tu.. tuan rumah gak yang melantak. Rumah kami kosong aje. Masih blum cukup kelengkapan tambahan. Yang asas.. Alhamdulillah cukup. Next time bley sumbat lagi perabot lain.

Entry Tertangguh - IFTAR & Hubby's Birthday 2010

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:06:00 AM 0 comments
Dah basi. Tapi nak jugek upload gambo ini. Heheh.. Tak sempat nak upload sebelum ni. Banyak gambar.. tatau nak letak yang mane. Jadi la.. tangguh. Heheh..

Yang atas sekali.. gambo time buke pose ngan dak-dak opis. Ni anjuran sendrik-sendrik. Bukan anjuran opis. Ada jugak ex-staff yang join. Majoriti adalah lelaki. Ada 3 orang jek perempuan yang join. Salah seorangnya adalah aku. Hahah. Slumber. Makan nyer pasal. Ngaps!

Then... gambar yang tengah & last.. adalah masa sambut birthday Incik Suami. 11 Ogos bersamaan 1 Ramadhan tahun ni. Tapi sebenarnye.. tak gi celebrate pun pada tarikh tu. Ngelat sket. Ditunda. Heheh.. Tapi still pada bulan puasa. Tak sempat plan sebab hari 1st pose.. kalut sket. Makan berdua di rumah. Heaven jugek :D

07 October 2010

Baby bump @ 25 weeks

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:28:00 AM 0 comments

Walaopun sebenarnya skang is in 28th week. Heheh.. Ni gambar time beraya dulu. Sempat singgah kat pantai Kemasik, Terengganu lepas gi melawat a.k.a beraya di rumah pengasuh masa time kecik-kecik dulu. Time gambar ni diambil.. baby kat dalam berusia 25 weeks. Dah tak mampu da mencover perut yang semakin membesar bagai juara ni makanya.. tayang jek la. Buat kenangan nanti nak tunjuk kat baby ble dia da besar nanti. InsyaAllah.

05 October 2010

Puding Pn Munie & main masak-masak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:27:00 AM 9 comments
Pagi ni bekfast ngan puding trifle hasil air tangan Munie. Tq! Wat jadi pencuci mulut. Sedap. Hehehe. Ni la dia rupa pudingnya. Taraa!

Kisah main masak-masak pula.. saya teringin nak makan spaghetti. So.. beli bahan-bahannya semalam. Lupa plak nak beli cedawan butang. Kira boleh la.. Before ni da penah wat same-same ngan emak. Semalam, hasil tangan sendiri secara keseluruhannya. Senang jek nak wat spaphetti ni kan.. tapi... hahaah. Nape jadi manis plak gravy die nih? Sumpah tak letak gula walo sikit pun. Tibai jek la.. Sebab da lapo. Malam ni bley wat lagi sebab bahan-bahan banyak lagi. Kene double kan kuantiti sebab rasenye macam tak cukup jek semalam. Er.. tapi saya sorang jek makan sebab Incik Suami tak minat sangat spaghetti ni. Sempat gak la sumbat satu sudu kat mulut dia. Mana tau lenkali bley join makan sesama. Baru best. Er.. gambo takde sebab macam tak cantik jek. Wahahah!

Er.. banyaknye perkataan SEBAB. he...

03 October 2010

Macam-macam cerita

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:29:00 AM 0 comments
Ada macam-macam cerita dalam kepala yang nak dicurah kat sini.
Melambak-lambak gambar nak tepek di sini.
Tapi.. hold dulu.
Kene wat keje dulu.
Kene marah kang nanti plak.. susah.

30 September 2010

Takziah Faisal & Mazlina

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:09:00 AM 2 comments
Ucapan ini ditujukan atas pemergian Allahyarham Baby Hannah Damia yang lahir pada 28/09/2010 dan pergi menghadap Ilahi pada 29/09/2010. Semoga ayahanda & ibundanya... Saudara Faisal & Saudari Mazlina tabah menghadapinya. Diharapkan Baby Hannah Damia tenang di sana.

p/s: semalam ada cakap-cakap dengan Incik Suami... Kami pun mesti bersedia atas segala ketentuan yang bakal datang. Harap semuanya selamat. Amin.

27 September 2010

Teruja, gumbira

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:07:00 PM 0 comments
Walopun arini ada insiden yang buat saya rase sedih.. saya rase teruja & gembira jugek. Sebab ada yang sudi membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada saya. Camni baru semangat. Kalo kita nak.. dan ada orang sudi menunjuk jalan.. Alhamdulillah. Sebab saya memang tatau nak mula dari mana. Kalo tunjuk jalan mula pun, saya dah cukup bersyukur. Terima kasih kepada meraka yang sudi berkongsi ilmu.

:D

Salahkan saya vs Saya bersalah

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:02:00 PM 4 comments
Saya memang tak pandai, saya mengaku. Saya kuli, saya mengaku. Memang saya silap sebab saya tak cukup ilmu. Tapi itu bukan tiket untuk TOTALLY salahkan saya. Saya cuba yang terbaik. Orang lain nak cover silap, tuding jari pada saya. Terima kasih. Ada masa.. Allah balas.

:(

20 September 2010

Raya mood

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:31:00 AM 0 comments
Lupa lagi nak bawa camera/memory card nok amik gambo raya. Kalo balik rumah jek.. macam-macam menda nak wat. Er.. tak la macam-macam sangat. Hehehe. Kunun bizi macam masak banyak jek. Kikikik. Tak.. cume penat. Ngan perut makin bolat ni.. Pergerakan terbatas sket.

Harap esok ingat la nak bawa memory card untuk upload gambo raya. Cuma.. tahun ni takde gambo raya ngan family belah saya sebab saya balik Kelate on my beloved hubby side.. pagi ...1 day before raya. Malam sebelum itu.. area kul 11 malam... hubby n saya siap-siap da salam raya & bahagi duit raya ngan family belah saya. Tapi tak pakai baju raya la. Sumer orang lak muka ngantuk. Lewat malam sangat saya gi sebab nak kemas yang mane patut untuk bertolak esok paginya - pagi la sangat :p. Kesimpulan.. saya da raya awal 2 hari. Hahahah... sebab x sempat nak beraya ngan family di pagi raya. Balik dari Kelate plak.. bertolak pada tengahari raya ke-4. Ini bukan keluhan. Saya tak kesah. Hidup bersama.. mesti ada tolak ansur. En suami da janji. Raya Haji tahun ni kat umah my side dulu. Raya Aidilfitri tahun depan pun. Yeah. Ngan baby sekali. Sronot! Tapi tatau la camner kalo tuko plan. Biasala. Kita hanya mampu merancang. Allah yang maha berkuasa menentukan segalanya & rancangan-Nya la yang terBAEK.

Raya!

19 September 2010

Anak Saudara 1st

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:50:00 PM 3 comments
Baby Adam 1 hari


Beberapa hari kemudian..


Now, is 2 weeks++

Ni la ada sedara pertama saya a.k.a anak sulong kakak saya a.k.a cucu 1st ayah & mak saya. Sume seronok. Hehehe. Tetiap hari saya cari alasan nak gi umah mak tengok Adam. Geram betul. Mata dia terang jek tengok orang. Extra manja ngan nenek dia. Hari ni hari 1st sekolah setat. Mesti nenek dia duk ingat kat cucu dia ni jek. Adam blum pandai main-main lagi. Ye la.. blum sampai sebulan umurnya. Tapi best dapat tengok dia. Cuit.. cuit die.

Baby kat dalam perut saya ni pun mesti da x sabar nak kuo. Selalu aktif gerak-gerak. Makin kuat plak tu dia gerak-gerak. Jeles ke ngan baby Adam? Jangan risau ye baby. Anak sendrik x same ngan anak orang len. Tunggu ye.. kuo tahun depan ye baby cayang~ :D

Alhamdulillah atas kurniaan ini. Semuga anak dalam kandungan ini sehat. Amin.

30 August 2010

Teringin Ngaps...

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:30:00 PM 0 comments
Saya suda lame teringin ini cupcake:

Made & picture by Cupcake Dazzle

Sangat la sedap ini cupcake. Cupcake yang lain pun sedap. Tapi yang ni saya paling suke! Sebab die mint n ada choc chip. Masa 1st time order dulu.. Saya dapat yang freshly baked. Ble bukak kotak kek tu.. baunye harum sedap. Kalo letak dalam peti 2-3 hari pun masih sedap dimakan. Imagine mint yang sejux. Superb! Nyam nyam! Bagi saya.. berbaloi la beli. Actually 1st order dulu untuk hantaran tunang. Ni die pics:


Yang bawah ni pun order ngan Cupcake Dazzle. Request design lain for him.

Credit to Ayeng, Munie's hubby.

So.. bebaru ni.. saya pun order la lagi. Heheh. Tapi tatau ble dapat since dorang da jarang wat for Ganu sebab dorang skang stay kat Selangor tapi hometown kat Ganu. So.. ble-ble dorang free & balik Ganu.. dorang akan wat & saya akan dapat makan cupcake yang sedap ini. Slurp!

19 August 2010

2 Ramadhan 1431 Hijrah/2010 Masihi

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:09:00 AM 0 comments
11:40 pagi, Khamis 12/08/2010

Suda lama entry ni tertangguh. Bukan tanak tulis. Cume saya focuskan pada kerja kat opis. Banyak keje ke? X sangat. Sibuk ke? Sibuk betul. Heheheh.. Caner bley sibuk kalo x banyak keje? Sebab saya x terer sangat. Jadi saya mengaku. Saya makan masa yang lama untuk siapkan. Bukan x siap. Da siap. Pastu macam ada x kene. Baiki lagi. Da siap. Pastu macam ada yang silap. Baiki lagi. Gitu keje saya skang ni as an analyst programmer tapi skang ni fully wat task as a system analyst. (Gaji still as analyst programmer :p - ada maksud tersirat di sebalik kenyataan ini. heheh)

Berbalik kepada topik asal. Moment '11:40 pagi, Khamis 12/08/2010' amat bermakna pada saya. Tengah saya duk wat keje. Tetiba rase macam perut kene kuis. Dicuit-cuit dari dalam. Agak ketara gerakannya. Hari ke-2 puasa. Mesti baby lapar ni. Cian plak. Senja pertama 1 Ramadhan die da setat main kuis-kuis dah. Tapi x ketara sangat. Segan-segan lagi kot. Hiihi.. Pastu da ibunye berpuasa, mesti die pun kena tempiasnya. Nak masuk tengahari da lapar. Cian anak ibu ye. So saya decide untuk beli Elken Spirulina untuk tampung nutrien yang mana yang saya x cukup di kala bulan puasa ini. Alhamdulillah. Hari ini suda masuk 1 minggu + 2 hari puasa, saya masih mampu menjalankan ibadah ini. Penat-penat tu biasa la kan. Tapi tahun ini saya tak pergi menunaikan solat terawih di surau sebab takut tak mampu dan menyusahkan jemaah lain plak kalo tetiba saya keluar dari jemaah.

Isnin lepas (16 Ogos 2010) saya pergi ke klinik untuk scan baby since baby da cukup 5 bulan. Patutnye kena g klinik gomen. Tapi saya malas nak memenatkan diri tunggu lama-lama kat klinik gomen di kala bulan pose ni so, saya pergi la klinik swasta. . Alhamdulillah, doc cakap baby sihat. Saya boleh nampak jelas jari-jemari tangan dan kakinya. Cuma jantina blum tau. Tak ape. Tak kesah boboy atau gegirl. Anak ibu jugak. Cuma ayahnya nak baby boy. Ibu tak kesah jugak. Heheheh. Sayang~ baby. Heheheh. Saya tanye doc, bley ke makan spirulina + new obimin. Doc cakap bley cume kene makan spirulina untuk ibu mengandung. Katanye lagi, obimin pun da cukup sebenarnya. Cuma saya yang risau sebab pose-pose ni, takut tak cukup vitamin/zat dalam badan. Ops! Nanti nak kene cari spirulina untuk ibu mengandung plak. Blum cari lagi.

Cukup la sekadar sini coretan saya. Nanti citer lain plak :D

12 August 2010

1Ramadhan 1431 Hijrah/2010 Masihi

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:32:00 AM 0 comments
Masuk waktu maghrib. Azan jelas kedengaran secara rasminya memaklumkan Ramadhan menjelma lagi buat kesekian kalinya. Alhamdulillah dipanjatkan pada Ilahi kerana masih dapat bertemu Ramadhan pada tahun ini.

Sungguh bermakna Ramadhan ini kerana buat pertama kali menyambutnya bersama suami tercinta dan anak dalam kandungan yang berusia 19 minggu 4 hari. Ketika azan sedang berkumandang, suami dan saya telah bersedia untuk solat maghrib. Sambil menunggu azan habis suami berbaring sambil meletakkan kepalanya di ribaan saya. Saat itu saya dapat rasakan gerakan seperti mencuit-cuit dari dalam perut saya. Cuitan itu seolah-olah gembira menyambut Ramadhan bersama kami :D Sebelum ini memang ada pernah saya rasakan denyutan di bahagian perut dan regangan abdomen yang kian membesar untuk mempersiapkan ruangan kepada anak dalam kandungan ini. Tapi inilah pertama kali saya rasakan gerakan cuitan dari dalam. Terkedu sekejap. Saya diamkan sahaja sebab takut syiok sendrik. Hihi..

bersambung - >

p/s: tika ini amat bermakna = 11:40 pagi, Khamis 12/08/2010

05 August 2010

Kisah ke~uncitan

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:34:00 AM 2 comments
Kalau tak silap, bermula minggu ke 16 atau 17, perut saya makin naik. Pada awalnye, rasa sakit sangat kat bawah abdomen. Pinggang sakit.. Kadang-kadang jek ble duk kat opis sebab duduk lama-lama atas kerusi. Tu yang saya akan ulang alik ke pantry or ke toilet untuk senam jalan-jalan sket. Lagipun, ble perut setat membesar, saya memang kerap rase nak ke tandas. Bonus la, sambil-sambil eksesais jalan. Skang ni dalam minggu ke 19. Rasa sakit bawah abdomen da makin kurang. Tidur pun selesa. Minggu lepas, saya rasa sakit sangat sampai x bley nak bergerak. Baring jek dalam bilik. Nak bersuara panggil En suami pun saya x larat. Tapi kejap aje. Tak lama sakitnye. Cuma kene rehat sekejap. Alhamdulillah. Skang da ok. Da gi scan baby jugek. Doc cakap xde masalah. Memang natural la macam tu. Tapi tu la, lain orang.. lain pengalamannya.

2-3 hari ni plak, kaki pun bley ter-cramp mase mamai tdo. Tak mampu nak bersuara nak kejutkan En suami sebab sakit sangat + mamai + tahan nak terkucil plak ble tersedar dari tidur. Hahahah! Tapi macam biasa la. Sakit kejap jek. Cuma berlarutan sakit urat kat tempat cramp tu dalam 2-3 hari baru baik.


~* Perenggan emo sket *~

Saya bukan nak mengadu domba yang saya sakit yang amat. Sebab sakitnya sekejap-sekejap aje. Masih boleh dihadapi. Apalah yang nak dikeluhkan. Syukur yang teramat ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk mengecapi pengalaman ini. Dalam hidup ini, ada kekurangan dan ada kelebihan yang kita dapat. Tak semuanya sempurna sebagaimana yang kita impikan. Sebab itu saya nak nyatakan catatan-catatan ini bukan hendak menunjukkan rasa bangga kerana mendapat nikmat ini. Siapalah saya untuk berbesar diri. Semuanya pinjaman dari-Nya. Lagipun saya tak tahu bagaimana akhirnya kandungan ini. Saya hanya berharap kami sekeluarga dapat melalui semuanya dengan baik. Semoga bayi dalam kandungan ini sehat hendaknya.

Dengan catatan ini, saya juga ingin nyatakan pengalaman saya yang tak seberapa dan sebagai catatan memori pengalaman pertama saya. Saya pun slalu baca blog mummy2 or mummy to be yang lain untuk mengetahui samada dorang ada experience macam saya atau tak. Saya juga boley pastikan samada apa yang saya alami adalah normal atau tak berdasarkan pengalaman senior-senior yang lain. Saya pun harap orang lain akan dapat info berguna dari catatan saya.

Kadang-kadang saya rasa segan dengan perut saya da naik sket ni. Sebab skang ni saya kerap jalan-jalan ke hulu-hilir dalam opis untuk kurangkan lenguh. Saya segan sebab lalu depan sahabat-sahabat seopis saya dengan perut ni especially yang lelaki. Blum pernah lagi dalam unit ini ada pembawak budak. Situasi ini saya tak pernah tengok lagi dalam unit ini. Jadi, saya rase segan sket. Kadang-kadang saya tahan napas sket ala-ala tahan perut tanak kasi nampak uncit sangat. Segan plak. Tapi sampai ble nak sorokkan? Nanti akan jadi lagi besar jugak. Saya juga segan dengan kawan-kawan perempuan yang seunit dengan saya. Sebab saya tak mahu berjalan dengan terlalu menampakkan perut saya sebab takut dorang kecik hati atau nampak macam saya ni saja jalan ke hulu-hilir tayang perut. Saya tau kawan-kawan saya tak akan berfikir negatif. Tapi saya segan dan saya faham. Rezeki kawan-kawan saya belum ada lagi. Jadi saya tak boleh la nak berlagak atau buat-buat tak faham seolah-olah dorang tak rase ape-ape. Mesti ada sekelumit rase sedih sebab semua orang yang da mendirikan masjid, akan mengharapkan zuriat. Tapi kawan-kawan saya muda-muda lagi taw. Moga rezeki kalian plak akan menyusul selepas ini. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk semua.

Walopun saya seorang yang tak banyak bercakap.. dan ada juga pertelingkahan antara kita atau ketidaksefahaman pendapat. Saya nak kasi tahu kamu yang membaca coretan ini yang saya tetap sayang kawan-kawan saya. (Hah! Ape kaitan dengan kisah keuncitan? Hanya layanan emosi x stabil seorang mummy to be. :p) Tapi betul la, saya tak tipu!

Dah.. nak g wat UI gaji plak x siap lagi ni. Eh... da nak rehat la :p

26 July 2010

Kena makan ubat, berat turun lagi. Huu~

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:30:00 AM 4 comments
"Makan ubat ni semasa perut kosong ye.. Minum ngan air kosong atau jus sahaja" kata nurse. Ni untuk ubat yang contains iron tuh.

Ble masa perut ni kosong? Awal pagi masa bangun tdo jek. Time tu jek perut kosong. Time lain perut akan demand minta diisi. Aku jarang biarkan perut ni berlapar. Kecuali kat rumah sebab ada banyak kerja rumah nak disetelkan. Biasanya, before masak aku akan makan dulu sebab takut lapo. Tapi tengah-tengah masak tu, bley plak lapo. Kebulur nak tunggu siap masak. Kalo weekend, aku akan amik masa 1-2 jam untuk siap masak sebab lauk mesti agak 'complicated' (bagi orang tak pandai masak macam aku). Mesti nak special berbanding weekdays.

Semalam g klinik kesihatan (lagi). Berat turun lagi. Nurse catat turun 1kg in 2 weeks. Tapi aku baca kat scale tu, turun 0.5kg la. Tapi kesimpulannya, memang berat aku turun lagi. Musykil gak sebab aku selalu makan. Cuma nasi jek kadang-kadang ikut mood, nak ke tanak.

Takpe, aku usaha lagi. Makan lagi. Makan lagi. Heheheh. Er.. teringin nak ini -->

11 July 2010

Week15th

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:20:00 PM 2 comments
Pagi tadi pergi klinik. Kene bebel ngan nurse sebab berat turun 1/2 kg. :p Apa kes bley turun ni. Saya memang tak miss makan. Pagi-pagi before keluar rumah nak pergi kerja pun, saya wajib akan isi perut dulu at least segelas air susu/milo. Pastu kat opis lak mesti bekfast lg. Makan tengahari, petang n malam pun x miss. Cane bley x naik ni? Baby serap vitamin banyak kot :p Hihih.. Nasib baik nurse x marah ble saya kasitau makan durian tengahari semalam. Riak wajah dia macam nak marah x nak marah jek. Cuak gak. Wahahahah.

Hari ni penantian x lama sangat. Kul 11pg siap. Ok la.. :D Takla sampai 6 jam. Lagi 2 minggu kene g klinik lagi. Ark! Nak wat ape g banyak kali? Huhuhu~ Sabau jek la.

Tetiba nurse tu mempersoalkan apa kerja aku sebenarnya sambil membelek buku pink aku. Aku terangkan la.. Dia cakap musykil ngan gaji n kerja aku sebab dia bandingkan ngan kerja yang sama anak buah dia tapi gaji yang jauh berbeza. Ye la.. anak buah dia keje KL. Aku sykt private @ Ganu. Apa la sangat pendapatan. Alhamdulillah cukup setakat ini tapi x salah untuk kita mencari yang lebih baik :D

Continuing - Week 14 = 3 months ++

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:18:00 PM 0 comments
Lepas jek 1-2 hari tulis previous post. Kondisi2 berkenaan hilang beransur-ansur so, saya berada dalam situasi yang selesa. Alhamdulillah :D

06 July 2010

Week 14 = 3 months ++

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:45:00 AM 0 comments
Kondisi:

1. Rasenya saya lebey kuat semasa trimester pertama saya. Masuk jek bulan ke 4 ni, perut rase ketat sendat. Semua kain-kain baju kurung tak mampu untuk dikancingkan. Ada gak yang hanya bley dizip separuh. Nak kata baby besar, x la besar mana lagi kot. Kat babycenter cakap, skang ni size baby mungkin lebey kurang 9cm dan berat 43 gm. Tapi perut saya ni uncit x hengat. Pinggang pun rase macam susah nak bend. Saya x salahkan baby. Ni mesti sebab baby semakin membesar + lemak sedia ada membantu ke arah kesendatan perut berganda. Kikikik. Tak sure sangat sebab ni the very 1st time pregnant.

2. Sakit belakang bahagian pinggang maybe sebab menampung berat perut. Hihi.. Sepanjang trimester pertama, saya masih mampu memasak dan iron baju secara berdiri pakai iron board. Tp skang ni da berapa hari cuti dari dapur + bentang kain atas lantai untuk iron baju secara santai. Sedang mencari kekuatan nak masuk dapur. Maybe bebaru ni extra penat sebab baru berpindah rumah.

3. Kadang-kadang rase ngilu bawah abdomen. Kadang-kadang x sure tu rase ngilu or rase baby moving. Tapi mmg rase agak bergelora sket perut. Too early kan to feel the movement. But.. of coz saya suke walopun kadang-kadang rase x selesa.

4. Lapo tapi perut sendat. Rase macam x muat jek makanan nak masuk. Hihi.. Acara makan pun.. saya lalui secara perlahan. Saya makan slow sangat n kadang-kadang tak mampu abiskan nasi. Betulla cakap orang. Kene makan sikit-sikit tapi kerap. :D

to be cont. Lapo suda mai. Ngap kejap.

21 June 2010

1 doc, 1 klinik, patient bertimbun!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:46:00 AM 6 comments
Marin g klinik gomen. 2nd checkup kat klinik gomen. 6 JAM tunggu. X sakit, jadi sakit. Hubby da tensi-tensi. Saya berganda-ganda tensi. Dorang guna sistem manual. Tulis menulis. 10x salin-menyalin. Rasa nak jek propose integrated sistem. Geram sungguh tengok sistem yang amat slow. Huhuhu~ Nurse... ok.. layanan dengan senyuman manis. Doc pun nampaknya berusaha kejar nak abiskan patients secepat yang boleh. Kesian tengok dorang.. Macam x sempat jek nak lunch. Tapi tu la.. sistem yang amat x sistematik. Da la nombor giliran x display. Semua ibu mengandung menunggu sambil kelaparan.

Marin saya lunch kul 4 petang. Tapi badan still rase lesu sampai sekarang. Iye la.. biasa.. makan slalu.. Ni hampir 6 jam x dapat makan. Tu pun Hubby g belikan Rotiboy & air soya. Ada patient sorang lg cakap, "lenkali kalo nak datang sini kena bawak makanan banyak-banyak!". Heheheh... saya sangat bersetuju. Ibu mengandung memang selalu amat lapar. Huk! Huk! Ada 1 peti yang pihak klinik sediakan air kotak (of coz kene bayar) & tabung yang berisi kacang (yang ni free kot). Tak cukup beb. Hubby cakap, lenkali kalo g klinik gomen.. bawak makanan banyak-banyak pastu cakap.. "Jual roti! Jual air! Jual nasi. Mari beli!". Kikikik. Kalo ikut logik, memang bley wat duit. Wakakakak. Er.. sape nak wat?

Menjelang tengahari, area depan untuk tunggu nak jumpe nurse da lengang. Area tunggu nak jumpe doc, masih padat. Area depan hanya diisi oleh para bapa-bapa @ bakal bapa yang tengah layan ngantuks. Ada yang da tido pun kat situ. Para ibu x dapat nak tdo sebab ruang padat. Kerusi pun xde bahagian nak letak kepala. Hari ni pun leher saya rasa macam nak terpatah. Penat lagi. Waaaa! Apepun, ni la salah satu pengorbanan seorang ibu. Baru tau... mesti kesian kat mak-mak kita yang nak lahirkan kita. Tak beranak pun lagi, just nak jumpe doc da tatau nak explain caner siksanya. Sabo aje la.

Minggu lepas saya excited nak g scan baby. Arini da ilang semua rasa sebab penat yang amat sangat. Kumpul kekuatan & semangat dulu. Nanti kite g scan ei.. baby ei.. kite gi klinik swasta lak. Sekelipan mata jek siap ni. Da 4 minggu x tau khabar orang kat dalam. Risau plak.

17 June 2010

Mummy & Baby checklist (Ayahnya kene pastikan semua cukup :p)

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:37:00 AM 2 comments
Saje paste awal2, sebab da bnyk kali jumpe tp wat ignore jek. Rasenye at last kene gak list down. Pinjam dari thepinkstilettos:

Clothes:
* Long sleeve/short sleeve/sleeveless rompers
* Sleepsuits
* Socks
* Scratch mittens
* Hats
* Receiving blankets
* Barut
* Baby laundry detergent
* Drawer for clothes

Feeding:
* Breast pump (Madela brand)
* Feeding bottles + teats
* Storage bottles
* Sterilizer
* Bottle & teat brush
* Bottle/food warmer
* Bib
* Burp cloths
* Bottle drying rack
* Bottle cleanser
* Muslin squares

Bathing/Baby Care:
* Bath tub
* Baby shampoo/baby bath
* Baby lotion/oil
* Diaper rash cream
* Cotton buds
* Cotton balls
* Hooded towels
* Wash cloths
* Changing mat
* Baby wipes
* Top n tail bowl
* Brush & comb
* Nasal aspirator
* Baby nail clipper
* Thermometer
* Disposable diapers
* Minyak telon

Beddings:
* Baby cot
* Mattress (latex)
* Blankets
* Bedding sets
* Mosquito net for cot

Travel:
* Stroller
* Car seat
* Baby-on-board sticker
* Baby Bjorn carrier
* Baby sling
* Diaper bag + travel changing mat
* Head support cushion for stroller


For Mommy:
* Disposable/washable breast pads
* Nursing bras
* Nipple cream
* Maternity pads
* Nipple shields
* Massage oil
* Warm socks
* Indoor slipper
* Nursing tops
* Disposable briefs

Kopi pes jek ni. Kene review balik.

16 June 2010

Kondisi semasa ~ week 12th

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:25:00 AM 0 comments
Ngantuk - sebab tidur x tentu. musim bola. heh. nurse cakap kalo penat kene rehat aka tdo. Aku suke advice ni :D

Penat - rase macam x cukup jek mase kat rumah nak setelkan semua perkara rumah. malam ni x yah masak, beli pasar malam jek la yek en. hubby yang baek hati :D

Lapo - setiap 1-2 jam. Owh... ape makanan yang nak dingap sambil layan ngantuks ni. Kadang-kadang wat tatau perut berbunyi sebab da penat makan. Sian baby kat dalam, ntah cukup ke x khasiat. Makan sawi wat tak nampak aje. Kasi telan aje dengan harapan baby dapat enough vitamin. Teringin nak mkn kurma + pistachio + kismis macam yang En Ramdan wat balik umrah aritu. Sangat sedaaaaaap! Tp mane nak dpt? Kurma mariami yang ayah selalu beli masa bulan pose pon sodap.

Blood pressure - good kata nurse last time checkup.
Nurse: "Hb ok, maknanye kepekatan darah ok n InsyaAllah baby dapat cukup nutrition. Awak pun x kan rase penat sangat".
Saya terkebil-kebil macam x percaya (yang lenguh-lenguh baru lepas kene amik darah): "Tapi nape saya rase penat sokmo?".
Nurse: "Hormon x stabil".
Saya: "Woo..." (blur).

Pemakanan (macam tajuk lapo jek :p) - ok, slalu lapar, semua bley rembat kecuali makanan x fresh rase macam nak buwek aje. Tp x bley makan bnyk @ one time walopun lapo sangat. Tambah lagi satu menu idaman: McD Strawberry/apple flavor twist. Er.. kan ke boikot McD? Susu adalah minuman favourite selamanye tapi skang selalu ngelat. 4 sudu each mug reduced to 2 sudu dan.. minum half jek. 2 times daily reduced to 1 time only. Tak tahan weh rase nak uwek gak. Calcium oh calcium.

Alahan - xde sangat. Just x bley makanan x fresh. X selera mkn berminyak di pagi hari. Uwek baru 3x sepjg preggy. Yg len2... eksen aje.. x kuo pape. Ok gak sebab sayang plak makanan kalo kuo balik. Rugi woooo...~ Ada terbaca, kalo alahan or morning sickness tu sign yang menunjukkan baby sehat. Tp jgn risau, kalo x alahan or x morning sickness, x semestinya baby x sehat. :D

31 May 2010

Simptom @ Sekadar alasan :p

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:53:00 AM 0 comments
Ngantuk... selalu ngantuk.. tdo banyak mana pun mesti x cukup. Kalo ngantuk.. tdo... Bangun.. baru rase segar dan bley wat keje. Masa tu... menggagahi diri wat kerja-kerja yang patut. TAPI, tak lama lepas tu akan rase penat yang amat sangat.. pastu rase x bley nak bergerak.. kene bing (baring dalam bahasa Ganu kite). So.. kalo da bing tu.. suda mustinye tdo dengan alasan nak mencari kekuatan. Tido - bangun - tido - bangun.. Ha... tu la keje aku hari-hari. Heheheh.. Tatau la kalo memang orang pegnant macam tu ke.. atau diri ini yang ngada-ngada ambil kesempatan nak tdo.. alasan "ibu mengandung ngantuks". Ada ka patut? Kikik... Tapi tak bley nak cakap gak. Sebab before tau pegnant, memang da setat simptom ngantuk ni. So.. saya pun tak dapat nak beri kepastian pada diri sendrik samada ni simptom ibu mengandung or simptom kemalasan melanda. :p Janji, baby sehat. Amin.

27 May 2010

05052010

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:33:00 AM 3 comments
Semasa setat nak tulis entry.. dalam rase dizzy~ tahan loya ni, tetiba rase macam 5hb ni.. tarikh penting ni... tkh ape eh? Cek facebook.. eheh... tarikh nikah rupanye; 05032010. Sory la En Hubby. Pn Mummy fenin-fenin lalat x center untuk berfikir. Heheh.

Seminggu sebelum 05052010 saya da mula cuak.. Kejap-kejap rase berdesup dada ble teringat. Er.. betul ke ni? Tunggu.. tunggu dulu at least 10 hari. 5 hari before 05052010, saya da sibuk-sibuk nak beli UPT. Ni kali ke2 beli. Before ni lewat 5 hari.. beli 1 untuk test. Muka bahagia masa g beli kat Watson. Rupenye... cet hampeh.. 1 line :p Terkedip-kedip tengok tester sebab 1 line jek.. Malam tu.. die datang.. sah x pregnant. Hahahah!

So.. berbalik cerita... beli UPT ke2 01052010 kat Guardian, Giant. Kali ni xde da muka bahagia. Muka segan kat En. Hubby sebab beria nak beli. Takot negetif lagi. Tapi saya da rase badan macam ada lain sket dr biasa... maybe jugak hormon da lain sebab baru kawen... tu yang lambat jek die datang.. Ayat pujuk diri kalo result negatif. Heheh. X sabo-sabo nak test. En Hubby cakap.. tunggu lagi.. sebab 02052010 die kene gi KL selama 2-3 hari. So, tahan dulu. Manetau kalo result positif, nanti dia x terpergi keje. Hahaha. So.... tahan.. En Hubby sampai ganu awal pagi 05052010. En Din tulon hantar sampai umah Ayah Bunda tersayang. Kami pun.. balik rumah kami sebab banyaj barang nak gi kerja ada kat rumah kami. Tdo....Zz....

Bangun subuh... saya test dengan penuh debaran. Memula 1 line.. pastu jap lagi line ke2 sirna jek... pastu clear! Biar betul. Betul ke ni? Alamak! Takut! Baru nak biasakan diri bergelar isteri (x pro lagi) da pregnant. Tapi mmg En Hubby nak cepat. Xpe.. asal En Hubby bahagia, saya pun bahagia :D

Saya pun pk cane nak kasitau En Hubby ni. So, saya letak la atas kotak flush toilet (duduk), dekat ngan shower foam En Hubby. Jap g.. sesudah urusan sy dalam bilik air selesai.. saya kejutkan En Hubby untuk solat subuh. "Alamak... liat la plak die nak bangun..." Then.. da suda dia amik air sembahyang.. kami solat sesame. Dia... no respond. "Mesti mamai x perasan UPT kat atas kotak flush tu". Takpe.. saya sabar... hihi... En Hubby tido balik after solat. "Mesti penat travel semlm". saya buat la ape yang patut... Iron baju.. masak air.. bla. bla.. bla..

Then.. kejut balik En Hubby nak g keje plak.. "Harap-harap dia perasan la..". Dia masuk bilik air. Jap lagi... "Bi, pregnant eh?". Dia keluar bilik air. Saya angguk aje. Heheh...... "Nanti karang b4 g opis kite g klinik ye...."

Alhamdulillah.
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting